Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Lawatan YM Tengku Jalil

Assalamualaikum...

Ni aku nak cerita ler sikit pasal tempat abah aku bekerja...
Pada mana yang dah kenal aku (budget femes ler ko ni..) , dorang tau abah aku ni anggota polis..
Dulu memang la berkhidmat kat balai polis biasa je..maksud aku jadi polis kat balai2 tu je..
Tapi sejak tahun 2001@2002 camtu abah aku dah mula diserap ke bahagian muzium..
Kerja nya bukan je jaga muzium, tapi turut terlibat dalam penyediaan bahan2 kat muzium tu jugak..
Bukan senang tau..sekarang abah aku adalah penyelia Muzium sejarah Balai Polis Bukit Kepong..
Sape tau??? Pernah dengar or pergi tak??
Aku memang lar dah banyak kali pergi nyer..kadang2 tu tolong ngemas gak..
Yela , abah aku sorang je buat masa ni kat muzium tu..
Nanti bila dah naik taraf, baru la ada tambahan anggota..

Aku share sikit2 info by gambar yea...kira aktiviti abah aku sebagai penyelia kat muzium..

Antara agenda yang memenuhi jadual abah aku ialah menerima kunjungan pihak2 atasan..
Kunjungan pegawai pengurusan, timbalan perdana menteri (masa banjir), Ketua Polis Negara etc..
Kadang2 tu sampai tak cukup rehat abah..sian tgk..tapi dah tugas kan..




 Ada jugak kunjungan dari golongan pelajar..
Abah aku suka kalau dorang ni datang..boleh buat motivasi..
Kadang2 tu ada yang terkena dengan abah aku ni..hihihi



Kalau pelawat yang datang tiap2 hari tu tak payah citer la..
Nak - nak kalu masa cuti sekolah..mmg ramai..
Ada tu kadang2 adalah di kalangan pewaris



 Yang bawah ni adalah Mr.Robert dari Michigan..
Seronok dia masa dtg tu..siap tgk abah buat motivasi bersama pelajar sekolah lagi..
Sporting betul mat saleh sorang ni..
Kita yang rakyat Malaysia kalau tak bersyukur lagi tak tau la...



 Sejak abah aku jaga..dah macam2 orang tv yang datang..RTM, TV3, ASTRO..
Semua ada..orang paper mmg ramai..terutama lepas kes Mat Sabu tu..
Dah bertambah lagi kerja abah aku...tapi tak pe la..utk negara kan..




Hah yang ini ler aku nak kabo kan..pergh...lama bebenor kan baru nak relate dengan tajuk..hehehe..
Muzium mendapat kunjungan hormat dari YM Tengku Jalil..korang kenal tak???
Ni la adik TMJ..yup, anak Sultan Johor..
Abah aku dapat la sembang2 mesra dengan Tengku..
Abah aku cakap orang nya okey...
Mak aku siap masak tau hari tu untuk jamu Tengku..



Kadang abah aku kena gak buat kerja luar..atau Outstation..
Kalau nak abah aku kena buat backdrop pelbagai majlis..
Gbr2 kat bawah ni antara nya lar..
Dah merata dah abah aku pergi..kalau ada TATU PDRM jer mesti nama kena panggil..
Kalau LIMA Langkawi tu tiap2 tahun pergi..
Jgn pikir polis kerja nya dok tangkap orang jer tau..
Aku kadang2 bengang dengan orang yang kutuk2 polis ni..
Kalau tak alami ape yang kitorang alami tak payah bising2..pergh..kena relax..
Tak kisah nak marah pada polis yang buat salah..tapi bukan semua..
Kata2 yang dikeluarkan tu kena jaga jugak..
Islam pun tak mengajar Umat nya utk mencaci orang kan..
Ada cara nya nak menegur..

Eh...dah lari topik..,hehehe..





 Yang ni kalau sape2 ada tengok kat berita tv3 sempena hari kemerdekaan tahun lepas..
Ada abah aku..dia jadi pelakon pentomen..
Menggantikan orang sebenarnya...sampai hilang suara masa berlakon ni..belum berlakon filem agi kan..
Aku biasa nya ikut time buat persembahan ni..seronok..sambil tolong bahagian props..
Mula2 abah aku cuma sebagai pengarah dan penasihat jer..tapi pelakon tak cukup tu yang kena ganti..
Bulan puasa pun dapat jemputan tahun lepas tau..
Tu yang ada gambar dengan Iqram Dinzly tu..hehehe..malu saya..





Ini lah bahagian depan muzium..
Kalau ada sapa2 yang berminat nak pergi..datang le ke bukit kepong...
Tapi tak silap bulan 10 nanti dah mula kerja2 naik taraf muzium..
Alhamdulillah projek di bawah budget RMK10 di lulus kan..nanti lagi cantik dan lebih byk lagi bahan yang akan di pamer kan kat muzium ni..anggota pun akan makin bertambah..
Moga jasa2 pejuang ini terus di kenang...
Dua gambar yang bawah tu masa banjir..sedih..banyak gak kerosakan yang berlaku..




Mari la kita sedekah kan al-fatihah buat pejuang bukit kepong ini..




Wednesday, June 20, 2012

ape sudah jadi??

tension nya....
tadi nak bukak nuffnang..
try log in..tapi tak blh2..
try reset pwd..pun sama gak...

tolonnnggg...camne ni?/
sedey ler...
mmg wordless betul!!

Thursday, April 19, 2012

Terasa Kehilangan

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia buat semua readers(budget ade ramai pembaca jer)...
Sejuk betul kat ofis ni..hujan dari pagi tadi tak berhenti lagi...
Hari ni genap seminggu pemergian arwah pakngah kesayangan ku..Zammuri shah a.k.a Atuk ku ..
Sungguh cepat pemergian arwah sebenar nya...
Lepas ni, dah tak ada lar yang nak menyakat dan bergurau senda time raya atau berkumpul..

Pakngah merupakan abg kepada abah Hajar..now tinggal 2 org je lar adik beradik laki dia...
Pakngah di sah kan mengidap kanser hidung..actually panjang cerita nya tapi biar la jadi rahsia untuk keluarga kami..terlalu perit untuk terima..hanya Allah sahaja yang dapat membalas nya..

Nama sebenar pakngah ialah Zammuri Shah bin Arshad...meninggal ketika berumur 54thn...
Meninggal kan seorang balu & 4 orang anak serta menantu dan 2 orang cucu...
Arwah pakngah kerja sebagai anggota polis di raja malaysia..ketiga2 adik beradik abah semua polis...
Last tempat bertugas arwah ialah di balai polis central jb..bhgian D6...

Hajar sempat melawat pakngah sekali masa dapat tahu dia masuk hospital...masa datang tu, hajar tengok keadaan dia mmg dah lemah..kesian pun ada..Makngah pun dah 2 bulan berkampung kat JB untuk jaga pakngah yang masa tu bermula dengan sakit pinggang..kata nya jatuh motor..macam2 kaedah perubatan yang dia pergi jumpa..demi untuk sihat kembali..tapi Allah lebih sayang kan arwah..kita doa kan dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin..al-fatiha..

Kat sini hajar letak beberapa keping gbr kenangan arwah...dia terlalu baik..banyak tolong hajar masa zaman hajar belajar...



Ni lar pakngah hajar..macam hamid gurkha kan


 bersama isteri tersayang..romantik tak??


family portrait..yang belakang sekali tu anak angkat pakngah
Faiz,Faidhi,Faridzuan,Fakhry (anak2 pakngah) 



kenangan last beraya bersama (2011)..bergambar dengan abah.
tak sangka ini gambar last bersama mereka.



yang ini pula gambar adik bradik abah..tapi kurang sorang..abah edit guna photoshop
abah, acu, makndak, paklong,acik, maktam, arwah pakngah
arwah atok & arwah wan..



gambar kenangan ketika bertugas..
memang tugas arwah banyak ke luar kawasan


saat di hospital HSA, JB..wad kelas pertama..
makngah setia teman kan arwah. 


gambar di ambil sewaktu abah pergi melawat pakngah.
seminggu sebelum pemergian dia. abah baru dapat pergi melawat sebab baru 
balik dari tugasan di KL. Makndak cakap mereka berpelukan
dan menangis bersama.abah sempat cukur kan janggut pakngah.



 menerima kunjungan rasmi Ketua Polis Johor..Dato' Mokhtar..


gambar last sebelum pemergian arwah..
masa ni dia di sahkan ada kanser hidung..



Al-Fatiha buat pakngah..
Moga keluarga pakngah tabah menerima dugaan ini..
amin...

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #8

ASSALAMUALAIKUM...



"Kadangkala Allah sembunyikan MATAHARI, Dia datangkan PETIR dan KILAT. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnyer SINAR. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI"....suka dengan kata2 ini


Erm...sepatut nye WW tak ada lar sepanjang ini kan..tapi ingin berkongsi sesuatu kat sini...sesungguh nyer BERDIAM ITU LEBIH BAIK ...




Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!”terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ” 
(Riwayat Ahmad)


Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)


“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)





tapi kan..hajar tahu sbg manusia kita mmg tak dapt lari dari semua ni..
hajar sendiri pun ada melakukan benda yang sama...
ini bukan shj igtan utk mereka..tapi igtan untk diri hajar sendiri..selalu igt kan diri "tak perlu jaga tepi kain orang & melaga2 kan orang..just take care je pe yang kita ada...bukan tak boleh amik tahu..tapi biar la berpada2..kalau dh sampai membuat kan orang meluat...untuk apa kan..." pernah alami tak situasi begitu??


okey kawan2...nanti hajar post lagi entry k....mmg entry nih hjr dh lama nk post..cuma tak ada masa jer..kumpul maklumat dulu.hahaha...mesti tertanya2 kan...(perasan....huh)..something about hak PRIVACY sesorang...jumpa lagi nanti k..


TILL MEET AGAIN

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday #6


tatkala hati merasakan...
hidup terasa indah dan bahagia...
perasaan yang lahir dari hati....
kurniaan Allah yang indah...

setiap insan dikurniakan perasaan..
antara sedar atau pun tidak...
kadangkala kehadirannya membawa kegembiraan..
dan ada kalanya membawa kedukaan..
apa pun yang kita rasa..
bersyukur lah....kerna itu..
ANUGERAH ALLAH

Monday, September 12, 2011

kepedihan yang bakal berakhir

salam...

hati sakit...
tak ada benda nk ckp...
tiada perkataan yang boleh tafsirkan apa yang aku rasa...

dh lama aku pendam...
tp kerana org2 itu, aku masih bertahan...
sbb "org2 itu" tak bersalah

alhamdulillah...
Allah kurnia kan aku kekuatan untuk terus bersabar...
sbb aku tahu hanya Allah shj yang dapat membantu aku tak kira waktu...

terima kasih sbb menjadi kan aku semakin kuat...
setiap ape yang diperkatakan menambahkan lagi kekuatan pada aku...
sikit pun tidak buat diri ku goyah..
sedikit pun ia tidak menjadi nanah dlm hidup aku

ya allah...
kau bantu lah hamba mu ini untuk terus menjadi manusia yang tabah
biar lah kehidupan aku sederhana begini...
yang penting hidup ku dikelilingi dgn orang2 yang syg kan aku n aku syg kan mereka
aku gembira n bahagia dengan ape yang aku ada sekarang
kehidupan ini hanya sementara, semua nya hanya pinjaman
lebih baik hargai apa yang ada skrg...

wahai hati,
tabah lah dan bersabarlah...
insyaAllah, dgn izin dari Nya...
apa yang ko tanggung skrg akan berakhir...
sedikit shj masa lagi..
sabar ye hati...
ketika itu ko pasti akan tersenyum n ketawa

bukan mendoakan tapi kehidupan ini umpama roda...
kadangkala kita dia atas, kadangkala kita ada di bawah
semua nya telah ditetapkan
karma?? wallahualam...
hanya DIA yang tahu...

Monday, September 5, 2011

renungan bersama

Sabda Rasullah SAW: Ertinya "Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak. maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati". Jika dilihat daripada perspektif ulama dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksud adalah sesuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata.

Ada manusia hati nya mulia, baik , suci dan mcm2 ler yang positif...

tapi ....... kadang-kadang ada juga hati manusia yang teramat lah busuk, keji & sebagai nye...

knp ek???

knp mesti ada manusia yang macam tu dalam hidup aku....



yerr..mungkin ada kesilapan aku masa lalu yang di balas begini... tapi duhai hati, bersabar lah...
ingat bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita. Mengadu lah dengan Nya, sbb hanya Dia shj yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita..

Sehebat mana pun diri seseorang tu , takkan ke mana pun pergi nya...Allah lebih berkuasa...

Aku tetap berpegang pada " BIAR ORANG BUAT KITA, JANGAN KITA BUAT ORANG!!"

Sampai bila-bila pun akan aku pegang...biar Allah shj yang membalas nya...