Showing posts with label my happy family. Show all posts
Showing posts with label my happy family. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Alhamdulillah..rezeki berbakti pada oarang tua : peringatan untuk aku juga:

Assalamualaikum..

Wah..bila sekali up entry..amik kau..sekali banyak entri yang keluar kan..
Tengah ada benda nak di kongsi..idea lak dtang mencurah2..

Berbalik pada tajuk aku kat atas tu..bunyi macam rezeki dapat duit berjuta2 je kan..hihi
(kalau betul, alhamdulillah..)
Sebenarnya tu rezeki abah aku..akhir nya dapat juga dia merasa pakai kereta MPV sendiri.
Segala hasil titik peluh dia bekerja selama ini, dan juga berkat dia menjaga ibu mertua dia (nenek aku),
sehari sebelum birthday dia, kereta ALZA dia keluar..tak sangka cepat.
Senyum je abah masa tu..happy aku tengok dia..
tapi still ade jugak yang mengata kat belakang..haih..
Abah aku pakai duit sendiri la beli kereta ni!! Ingat pakai duit nenek ke???
Geram aku dengan manusia2 ni..tahu bercakap je..sampai aku up kat status fb masa tu, aku tulis ..
" siapa nak dapat pakai keta mcm ni, jaga la org tua masing2"


 Kebetulan tema merah haritu..hahahah



Tengok siapa yg test drive dulu? Cucu atok la..hihih




Moga aku dapat membahagiakan kedua orang tua ku dengan rezeki yang lain pula

SAYANG MAK & ABAH



kembali semula..huhuh

assalamualaikum..

amboi..lama rasa nya aku biarkan blog ni sepi tanpa apa2 entry..
bukan lupa, tapi tiap kali aku nak menaip pasti ada je benda yang buat kan aku stop..
nak ikut kan terlalu banyak yang terjadi dalam hidup aku yang boleh aku kongsikan dengan korang semua..
sedih ada, suka ade..macam2 la senang cerita..

rasa nya last entri aku adalah berkenaan dengan gambar yang aku minta tolong korang semua vote tu kan..aku menang tempat ke berapa pun lupa dah..kedua tak silap aku..ke yang ketiga...hahaha..dah tua ni kan, lupa la jadi nya..dalam minggu yang sama tu jugak aku menang lucky draw felinna inchloss kat fb..rasa macam bertuah sangat la time tu kan..hahaha..

aku compile kan je cerita yang dah lepas tu , aci tak? huhuhu..
aku buat part by part okey..sebab banyak gak la yang nak di kongsi..

Untuk entri yang ini aku nak story pasal nenek aku yang kena tahan hospital lagi sekali tahun lps..hari tu aku cerita dia kena tahan awal tahun kan..ni hujung tahun pun kena gak..before puasa dan juga masa bulan puasa..bukan tu je, dengan mak aku sekali masuk hospital sbb demam dah dekat 2 minggu tak baik-naik..ambil ubat pun sama juga..

Kali ni nenek kena strok yang amat teruk..dia jadi lemah selemahnya..
meracau2 kat hospital..kali ni dapat mohon kan wad kelas 2..senang la sikit..
tak berhimpit2.. bilik sentiasa ada aircond..
kalau tak nenek asyik cakap panas je..
kali ni dia sakit sampai jadi luka kat belakang pinggang dia..berlubang tau..
jadi mak aku beli kan tilam yang ade angin tu..
duit dia ada kan..guna kan je lah untuk dia..

badan nenek susut sangat kali ni..
makan pun guna tiub..
anak-anak semua balik..ada yang dia cam..
ada yang dia tak berapa nak ingat..mungkin kesan ubat..
sejak dari strok ni , nenek terus kena pakai pampers..
jadi pergerakan dah semakin terbatas..
macam2 cara kami sekeluarga usaha kan untuk pulih kan nenek..





bila doktor dah suruh bawa pulang ke rumah..
kami siap kan lah apa yang patut..
kemas katil dia letak kat luar..
senang nak perhatikan..
masa ni masih makan melalui tiub lagi..
aku gilir2 dengan mak untuk tukar pampers, cuci luka, bagi susu..
kali ni nenek dah kena ambil insulin..aku la yang jadi tukang cucuk..
sampai nenek panggil aku 'doktor'..hihihi..sungguh comel..
nak bagi air susu guna tiub tu pun bukan senang okey..kena bilas dgn air kosong dulu..
bagi susu pun kena ikut time..bukan main bagi je..

kadang kesian tengok nenek..dia nak makan macam-macam..
but selagi pakai tiub tak boleh makan..
dalam seminggu lepas tu, mak panggil doktor klinik pagoh untuk betul kan tiub..
nak tahu sebab ape? hidung keluar DARAH!! 
ugh..nenek rimas so dia nak cabut sendiri..
akhir nya doktor tu buka kan terus tiub tu..dia cakap if susah nak makan dia akan pasang balik..
Alhamdulillah, nenek boleh makan tanpa tersedak..
Kurang dah satu rutin..susu tetap bagi tapi dalam gelas la..


masa ni nenek dah boleh duduk..kalau tak memang terbaring je..
sekarang alhamdulillah..boleh baring & duduk sendiri..
makan pun suap sendiri..cuma nak berdiri je tak boleh..




ni ada sikit gambar2 mak aku masa sakit hari tu..aku masa tu dah macam ape dah..
siang keje..petang ikut abah aku pergi hospital..
selamat la mak kena tahan wad sekejap je..
tpi doktor suruh mak aku rehat..
sepupu aku dari pontian turun sini dalam 2,3 hari untuk teman kan nenek sementara mak aku kena berehat..
terima kasih sangat kat dia..


pucat kan muka mak aku..risau jugak masa ni.


abah dengan masih beruniform lagi..
sepatut nya abah ada keje outstation..tapi cancel sebab dua2 dah masuk hospital kan..
siapa yang tak sayang bini oi..huhu
tapi ada jugak yang tak sayang mulut boleh cakap
"wah, habis lah macam ni..tukang jaga nenek pun dah tumbang..xpe, nanti minta katil sebelah2"
kurang ajo kan mulut org tu..sakit tak hati kalau keluar dari mulut sedara sendiri..sabar2..



terima kasih juga kepada YB Noriah a.k.a makndak sebab sudi melawat org dia..
mak aku ketua wanita cawangan kan..





okey..nanti aku sambung lain okey..
stay tuned..
aku ada produk best nak share..jangan lupa beli dengan aku k..hihih




Friday, August 3, 2012

Nak Mintak Tolong...

Assalamualaikum...

Macam mn dengan puasa kawan2 semua?
Aku macam biasa jer..mmg teringin nak update pasal puasa..
Tapi nenek aku sakit lagi mcm dulu tu...so, mood dah ke laut..
Alhamdulillah sekarang dah makin okey sikit..
Ahli keluarga yang lain pun dah dtg jenguk..

Hari ni aku nak minta tolong sikit dengan kawan2 blogger yang lain...
Ala...tolong klik jer..hehehe..
Aku ada join contest sorang blogger yang ade berniaga secara online...
Mana yang mommy2 tu semua mesti kenal dengan ERNA kan..
Yup Ummi Iman... yang blog KUASA KASIH SAYANG tu..

Actually ummi erna ni baru habis study, so sementara tgu kerja yang lain tu dia buat business on9 sikit..
Korang jengah la FB OHSHAWL ...macam2 yang dia jual tau..
harga pun berpatutan dan segala pertanyaan dengan segera ok..
Jangan lupa like page dia tau...
ermm..bila dah like tu jgn lupa like gambar aku kat contest dia ok...
korang klik jer kat Link ni ok..

tolong yea kawan2..mn tau aku boleh menang ker...hihih..

TERIMA KASIH...
ape? nak tgk gambar yang aku pertaruhkan kan??
malu ler..hihi



ni la gambar yang aku letak..
sape2 nak join pun blh,yang penting jadi fanpage ohshawl dulu k..
nanti aku pun boleh like gbr korang plak...
jangan lupa tau..




Friday, July 20, 2012

Lawatan YM Tengku Jalil

Assalamualaikum...

Ni aku nak cerita ler sikit pasal tempat abah aku bekerja...
Pada mana yang dah kenal aku (budget femes ler ko ni..) , dorang tau abah aku ni anggota polis..
Dulu memang la berkhidmat kat balai polis biasa je..maksud aku jadi polis kat balai2 tu je..
Tapi sejak tahun 2001@2002 camtu abah aku dah mula diserap ke bahagian muzium..
Kerja nya bukan je jaga muzium, tapi turut terlibat dalam penyediaan bahan2 kat muzium tu jugak..
Bukan senang tau..sekarang abah aku adalah penyelia Muzium sejarah Balai Polis Bukit Kepong..
Sape tau??? Pernah dengar or pergi tak??
Aku memang lar dah banyak kali pergi nyer..kadang2 tu tolong ngemas gak..
Yela , abah aku sorang je buat masa ni kat muzium tu..
Nanti bila dah naik taraf, baru la ada tambahan anggota..

Aku share sikit2 info by gambar yea...kira aktiviti abah aku sebagai penyelia kat muzium..

Antara agenda yang memenuhi jadual abah aku ialah menerima kunjungan pihak2 atasan..
Kunjungan pegawai pengurusan, timbalan perdana menteri (masa banjir), Ketua Polis Negara etc..
Kadang2 tu sampai tak cukup rehat abah..sian tgk..tapi dah tugas kan..




 Ada jugak kunjungan dari golongan pelajar..
Abah aku suka kalau dorang ni datang..boleh buat motivasi..
Kadang2 tu ada yang terkena dengan abah aku ni..hihihi



Kalau pelawat yang datang tiap2 hari tu tak payah citer la..
Nak - nak kalu masa cuti sekolah..mmg ramai..
Ada tu kadang2 adalah di kalangan pewaris



 Yang bawah ni adalah Mr.Robert dari Michigan..
Seronok dia masa dtg tu..siap tgk abah buat motivasi bersama pelajar sekolah lagi..
Sporting betul mat saleh sorang ni..
Kita yang rakyat Malaysia kalau tak bersyukur lagi tak tau la...



 Sejak abah aku jaga..dah macam2 orang tv yang datang..RTM, TV3, ASTRO..
Semua ada..orang paper mmg ramai..terutama lepas kes Mat Sabu tu..
Dah bertambah lagi kerja abah aku...tapi tak pe la..utk negara kan..




Hah yang ini ler aku nak kabo kan..pergh...lama bebenor kan baru nak relate dengan tajuk..hehehe..
Muzium mendapat kunjungan hormat dari YM Tengku Jalil..korang kenal tak???
Ni la adik TMJ..yup, anak Sultan Johor..
Abah aku dapat la sembang2 mesra dengan Tengku..
Abah aku cakap orang nya okey...
Mak aku siap masak tau hari tu untuk jamu Tengku..



Kadang abah aku kena gak buat kerja luar..atau Outstation..
Kalau nak abah aku kena buat backdrop pelbagai majlis..
Gbr2 kat bawah ni antara nya lar..
Dah merata dah abah aku pergi..kalau ada TATU PDRM jer mesti nama kena panggil..
Kalau LIMA Langkawi tu tiap2 tahun pergi..
Jgn pikir polis kerja nya dok tangkap orang jer tau..
Aku kadang2 bengang dengan orang yang kutuk2 polis ni..
Kalau tak alami ape yang kitorang alami tak payah bising2..pergh..kena relax..
Tak kisah nak marah pada polis yang buat salah..tapi bukan semua..
Kata2 yang dikeluarkan tu kena jaga jugak..
Islam pun tak mengajar Umat nya utk mencaci orang kan..
Ada cara nya nak menegur..

Eh...dah lari topik..,hehehe..





 Yang ni kalau sape2 ada tengok kat berita tv3 sempena hari kemerdekaan tahun lepas..
Ada abah aku..dia jadi pelakon pentomen..
Menggantikan orang sebenarnya...sampai hilang suara masa berlakon ni..belum berlakon filem agi kan..
Aku biasa nya ikut time buat persembahan ni..seronok..sambil tolong bahagian props..
Mula2 abah aku cuma sebagai pengarah dan penasihat jer..tapi pelakon tak cukup tu yang kena ganti..
Bulan puasa pun dapat jemputan tahun lepas tau..
Tu yang ada gambar dengan Iqram Dinzly tu..hehehe..malu saya..





Ini lah bahagian depan muzium..
Kalau ada sapa2 yang berminat nak pergi..datang le ke bukit kepong...
Tapi tak silap bulan 10 nanti dah mula kerja2 naik taraf muzium..
Alhamdulillah projek di bawah budget RMK10 di lulus kan..nanti lagi cantik dan lebih byk lagi bahan yang akan di pamer kan kat muzium ni..anggota pun akan makin bertambah..
Moga jasa2 pejuang ini terus di kenang...
Dua gambar yang bawah tu masa banjir..sedih..banyak gak kerosakan yang berlaku..




Mari la kita sedekah kan al-fatihah buat pejuang bukit kepong ini..




Tuesday, July 17, 2012

Father's Day

Walaupun dah lambat aku nak storey pasal ni..
Tapi bagi tak mengecewakan diri aku sendiri..ahakss..
Aku letak gak la entry pasal sambutan hari bapa yang kitorg buat ritu..
Tak ade la meriah mana pun..just simple makan2 yang kitorg buat..

Nak ikut kan sambutan ni aku buat awal seminggu dari tarikh sebenar..
Sebab abah aku nak out station so anjak kan la tarikh tu ke depan..
Cuma aku agak kecewa dengan kek yang aku buat pada hari tu..
Disebabkan kek tu adalah tanpa telor (adik kan tgh dlm pantang)..
So kek tu tak berapa nak menjadi la..sedih T__T..
Majlis tetap diteruskan..huhuhu..
Hari tu mak aku masak nasi ayam..mmg dah lama teringin nak makan..
Bukan la tak pernah makan, tapi dah lama tak buat sendiri..
Tu yang semangat nak buat tu..



Ini la dia antara menu yang terhidang malam tu..
yup, majlis ni buat malam..lepas maghrib camtu..
ala..makan anak beranak jer kan..so simple2 sudah..
tengok lah, hidang pun atas lantai je..tak beralas ape pun..
ini kalau bakal mak mertua tengok, teros reject agak nye..hahaha...
Meh aku senarai kan menu yang ada pada hari kejadian ek :

1. nasi ayam
2. ayam yang diperap + digoreng
3. sambal +kuah kicap
4. sup kaki ayam
5.salad+tomato+timun
6. sambal sotong

simple je kan menu aku malam tu..
tapi nak buat nya dari pagi la..ayam tu kena rebus dulu.
nanti air rebusan boleh guna untuk sup and nasi tu sekali..
lebihan perapan ayam tu boleh buat kuah kicap lak..
senang je kan...
ayam tu lepas digoreng mmg marveles..rangup@garing di luar tapi lembut di dalam...
dah macam iklan dah rupa nyer..



 kat atas ni lah kek yang aku cakap kan awal2 tadi..
rupa cantik tapi hasil nya biasa je..mak aku cakap kek nyer terbantut..
tak tau la mana yang silap..nanti aku nak buat lagi nak tgk mana yang silap..huhuhu
tapi alhamdulillah..habis gak kek nya..rasa dia ok..
hiasan tu aku potong buah pelam yang ade dlm peti ais...aku deco2 la..skali ternampak coklat yang bulat2 macam smarties tu..aku campak2 je la..
skali anak buah aku cakap " itu syirah punya coklat"..hahahhaha

Walaubagaimanapun, aiskrim vanilla yang kat bawah ni adalah penyelamat keadaan..
bila di makan kek bersama2 dgn aiskrim ni...ditambah dengan curahan coklat cair...
semua nya menjadi seperti biasa..terima kasih aiskrim..hahahah




 begini la rupa nya bila dah di campur



syirah tetap nak menyelit antara atuk and abah..
dia pun nak potong kek gak..hihihi


sesi suap2..hihihi

begitu la sambutan hari bapa kami sekeluarga..
nanti aku sambung dengan cerita bunga telor and semua2 tu ek...
till then...



Friday, June 1, 2012

Dah setahun berlalu (part 1)

Assalamualaikum..

Apa punya terok ler aku kan..
Dah setahun benda ni berlalu baru nak cerita kat sini..hahaha..
terok betul..

Memang dah lama nak share kat korang semua pasal percutian keluarga aku ke langkawi thn lepas..
tapi boleh lak terlupa..bila check entry lama2 tak ada pun cite pasal pergi langkawi..
hahaha..sungguh kurang sopan ini tuan punya blog..
Jadi aku citer part by part la yea..
Cuma gambar nya tak la banyak mana sbb mmg tak sempat sgt bergambar byk2..
Dah la camera gedabak nak mampos...DSLR kan payah nak di kendong..
Jadi mana time senang nak amik je ada gbr..
Sbb jalan2 kali ni mmg nak berehat sesajor gitu..hahaha..

Aku sekeluarga pergi naik flight..
Balik nya naik tarain dari arau sampai KL..
Family aku lepak KL one night lagi..
Aku dengan Mail balik tempat masing2 sbb nak keje..

Aku dengan family gerak dari muar pagi2..
sbb flight petang..so tinggal kan kereta dekat Muzium Polis, KL..
Dari sana member abah tolong hantar kitorang ke LCCT..
Naik Firefly je..ms tu, tu je yang murah..
Nak merasa naik kapal terbang kan..hihii


Gambar before bertolak..kat rumah
gambar tuan punye blog mesti le kena ade..
with sis@angah



Gambar masa kat muzium polis

the girls..asal mak kat blkg lak tu








Gambar before berlepas..lepak kat lobby dulu..

beg nya banyak mcm nk pergi jauh..

pakcik sebelah tu cacat kan gbr betul

ade gaya pelancong tak?


ni aku test dslr..tak pandai pun guna

makan dulu before depart



masa ni masing2 sebok nak urut..haha

gambar dalam balai berlepas







dalam flight






selesai part 1..
nanti aku sambung lagi..nak pilih gbr dulu..hihii