Wednesday, April 24, 2013

Alhamdulillah..rezeki berbakti pada oarang tua : peringatan untuk aku juga:

Assalamualaikum..

Wah..bila sekali up entry..amik kau..sekali banyak entri yang keluar kan..
Tengah ada benda nak di kongsi..idea lak dtang mencurah2..

Berbalik pada tajuk aku kat atas tu..bunyi macam rezeki dapat duit berjuta2 je kan..hihi
(kalau betul, alhamdulillah..)
Sebenarnya tu rezeki abah aku..akhir nya dapat juga dia merasa pakai kereta MPV sendiri.
Segala hasil titik peluh dia bekerja selama ini, dan juga berkat dia menjaga ibu mertua dia (nenek aku),
sehari sebelum birthday dia, kereta ALZA dia keluar..tak sangka cepat.
Senyum je abah masa tu..happy aku tengok dia..
tapi still ade jugak yang mengata kat belakang..haih..
Abah aku pakai duit sendiri la beli kereta ni!! Ingat pakai duit nenek ke???
Geram aku dengan manusia2 ni..tahu bercakap je..sampai aku up kat status fb masa tu, aku tulis ..
" siapa nak dapat pakai keta mcm ni, jaga la org tua masing2"


 Kebetulan tema merah haritu..hahahah



Tengok siapa yg test drive dulu? Cucu atok la..hihih




Moga aku dapat membahagiakan kedua orang tua ku dengan rezeki yang lain pula

SAYANG MAK & ABAH



My Interest : lukis inai ~ Part 2

Assalamualaikum..

dulu aku pernah share pasal lukis2 inai ni kan..
ni yang terbaru aku buat..


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------



ni aku saja testing buat idea baru untuk jari..
sbb tak sabar nak tengok result aku cuci cepat sangat..
jadi warna tak berapa nak merah

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


design untuk tapak tangan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


 inai sebelum dicuci

inai selepas dicuci
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------



ini kat tangan mak aku..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




 Ada yang berminat tak?
hehehe...

kembali semula..huhuh

assalamualaikum..

amboi..lama rasa nya aku biarkan blog ni sepi tanpa apa2 entry..
bukan lupa, tapi tiap kali aku nak menaip pasti ada je benda yang buat kan aku stop..
nak ikut kan terlalu banyak yang terjadi dalam hidup aku yang boleh aku kongsikan dengan korang semua..
sedih ada, suka ade..macam2 la senang cerita..

rasa nya last entri aku adalah berkenaan dengan gambar yang aku minta tolong korang semua vote tu kan..aku menang tempat ke berapa pun lupa dah..kedua tak silap aku..ke yang ketiga...hahaha..dah tua ni kan, lupa la jadi nya..dalam minggu yang sama tu jugak aku menang lucky draw felinna inchloss kat fb..rasa macam bertuah sangat la time tu kan..hahaha..

aku compile kan je cerita yang dah lepas tu , aci tak? huhuhu..
aku buat part by part okey..sebab banyak gak la yang nak di kongsi..

Untuk entri yang ini aku nak story pasal nenek aku yang kena tahan hospital lagi sekali tahun lps..hari tu aku cerita dia kena tahan awal tahun kan..ni hujung tahun pun kena gak..before puasa dan juga masa bulan puasa..bukan tu je, dengan mak aku sekali masuk hospital sbb demam dah dekat 2 minggu tak baik-naik..ambil ubat pun sama juga..

Kali ni nenek kena strok yang amat teruk..dia jadi lemah selemahnya..
meracau2 kat hospital..kali ni dapat mohon kan wad kelas 2..senang la sikit..
tak berhimpit2.. bilik sentiasa ada aircond..
kalau tak nenek asyik cakap panas je..
kali ni dia sakit sampai jadi luka kat belakang pinggang dia..berlubang tau..
jadi mak aku beli kan tilam yang ade angin tu..
duit dia ada kan..guna kan je lah untuk dia..

badan nenek susut sangat kali ni..
makan pun guna tiub..
anak-anak semua balik..ada yang dia cam..
ada yang dia tak berapa nak ingat..mungkin kesan ubat..
sejak dari strok ni , nenek terus kena pakai pampers..
jadi pergerakan dah semakin terbatas..
macam2 cara kami sekeluarga usaha kan untuk pulih kan nenek..





bila doktor dah suruh bawa pulang ke rumah..
kami siap kan lah apa yang patut..
kemas katil dia letak kat luar..
senang nak perhatikan..
masa ni masih makan melalui tiub lagi..
aku gilir2 dengan mak untuk tukar pampers, cuci luka, bagi susu..
kali ni nenek dah kena ambil insulin..aku la yang jadi tukang cucuk..
sampai nenek panggil aku 'doktor'..hihihi..sungguh comel..
nak bagi air susu guna tiub tu pun bukan senang okey..kena bilas dgn air kosong dulu..
bagi susu pun kena ikut time..bukan main bagi je..

kadang kesian tengok nenek..dia nak makan macam-macam..
but selagi pakai tiub tak boleh makan..
dalam seminggu lepas tu, mak panggil doktor klinik pagoh untuk betul kan tiub..
nak tahu sebab ape? hidung keluar DARAH!! 
ugh..nenek rimas so dia nak cabut sendiri..
akhir nya doktor tu buka kan terus tiub tu..dia cakap if susah nak makan dia akan pasang balik..
Alhamdulillah, nenek boleh makan tanpa tersedak..
Kurang dah satu rutin..susu tetap bagi tapi dalam gelas la..


masa ni nenek dah boleh duduk..kalau tak memang terbaring je..
sekarang alhamdulillah..boleh baring & duduk sendiri..
makan pun suap sendiri..cuma nak berdiri je tak boleh..




ni ada sikit gambar2 mak aku masa sakit hari tu..aku masa tu dah macam ape dah..
siang keje..petang ikut abah aku pergi hospital..
selamat la mak kena tahan wad sekejap je..
tpi doktor suruh mak aku rehat..
sepupu aku dari pontian turun sini dalam 2,3 hari untuk teman kan nenek sementara mak aku kena berehat..
terima kasih sangat kat dia..


pucat kan muka mak aku..risau jugak masa ni.


abah dengan masih beruniform lagi..
sepatut nya abah ada keje outstation..tapi cancel sebab dua2 dah masuk hospital kan..
siapa yang tak sayang bini oi..huhu
tapi ada jugak yang tak sayang mulut boleh cakap
"wah, habis lah macam ni..tukang jaga nenek pun dah tumbang..xpe, nanti minta katil sebelah2"
kurang ajo kan mulut org tu..sakit tak hati kalau keluar dari mulut sedara sendiri..sabar2..



terima kasih juga kepada YB Noriah a.k.a makndak sebab sudi melawat org dia..
mak aku ketua wanita cawangan kan..





okey..nanti aku sambung lain okey..
stay tuned..
aku ada produk best nak share..jangan lupa beli dengan aku k..hihih




Monday, April 22, 2013

Telekung Exclusive :: HIJAB by KK Collection

Buat mereka yang berminat dengan telekung rekaan terkini.
Telekung yang menggunakan kain lycra berkualiti tinggi, sejuk dan selesa.
Rekaan yang kemas , labuh dan simple sesuai untuk sesiapa sahaja.
Boleh dijadikan sebagai hantaran, hadiah mahupun telekung untuk mengerjakan haji & umrah.

Ada 5 pilihan warna yang boleh anda pilih.
Harga : RM150 ( inc postage untuk semenanjung )
Sabah & Sarawak add on rm5 utk postage.


 CODE : HP
COLOR : LIGHT PURPLE





CODE : HG
COLOR : LIGHT GREY





 CODE : HOW
COLOR : OFF WHITE





CODE : HPK
COLOR : LIGHT PINK





CODE : HB
COLOR : BLACK





Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian,
sila hubungi :

SMS/WHATSAPP : 014-2350870
FB : Hajar Hazizi