Wednesday, June 20, 2012

ape sudah jadi??

tension nya....
tadi nak bukak nuffnang..
try log in..tapi tak blh2..
try reset pwd..pun sama gak...

tolonnnggg...camne ni?/
sedey ler...
mmg wordless betul!!

Wednesday, June 13, 2012

idea #7 ~ official photographer (nikah/sanding/tunang/event) : pilihan (1) ::SHAGRASYIID.COM

Assalamualaikum..

Macam mana dengan cuti sekolah korang semua?pergh..budget mcm budak sekolah lak,,
Aku? tak ke mana pun..adik yang no.2 tu kan tengah pantang..
Melayan anak buah aje lar..
Ada gak pergi wedding yang dekat2 ni..tapi sedih tak dapat nak pegi wed kawan2..
huhuhu..selalu terlepas..mesti ade je hal nye..
Macam minggu lepas wed junior kat UTM dulu..da janji nak pi..
Tapi disebabkan aku kena pi kursus menuju masa depan,terpaksa cancel..
Apa2 pun aku doakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat..

Bila tak dapat pi ni..confirm la aku ternanti2 gambar dorang..
nak gak tengok mereka di hari bahagia..
Bila sebut pasal gambar ni..aku ada la beberapa orang OP yang aku adore sgttt dengan keja dorang..
Ada OP tu member sekolah aku sendiri..
Senang la nanti nak dpt diskaun kan...(dgn mata terkedip2)..hihi..
jom kita tengok..



STUDIO SHAGRASYIID


Yang ni ada lah kawan sekolah aku dari darjah satu
dia juga ketua pengawas aku dulu..penolong nya aku la..hahaha..
nak gak promote diri..aptb..

aku mula kan dengan dia dulu bukan sebab dia kwn aku..
tapi aku mmg suka hasil kerja tangan dia..org nye kecik je..
tapi hasil kerja dia mmg BIG ..
pernah masuk dalam majalah inspirasi perkahwinan tak silap..
cara dia shoot n edit tu mmg klasik..nampak hidup..
bukan nya nampak mcm stgh OP tu..nampak plastik je muka lps edit..
betul kan..ade stgh tu edit je lebih..smp nampak pelik..


 Luas kan??



 gambar yang atas ni ade kuar majalah..




nice right?













atas ni umai..aku ade bt kan HB untuk dia..
biasa2 jer..



 Aciit ni bukan amik gbr wedding je..post wed pun amik..
orang gi honeymoon kat bali & singapore pun dia dpt ikot..





Ni la hasil keje dia yg masok majalah..
dia boleh buat guestbook gak..







last but not least


::.OWNER.::







okey..nanti aku sambung lak dengan OP yang lain k..ni baru mukadimah..hihih







Friday, June 1, 2012

my interest : Henna lukis :

Aku ni dari kecik sampai la sekarang memang la suka sgt pakai inai..
punca nye, dulu time cuti sekolah selalu balik KL..umah nenek aku..
dia ada la tanam pokok inai..jd time cuti sekolah..
cucu2 dia memang la di pakai kan inai..perempuan je okey..
dah tu, time sekolah kan tak boleh pakai..

aku memang tak boleh nak tengok kuku tangan ni warna kuku biasa je..
mesti tangan dok gatal nak berinai..
ni skrg kira paling lama kuku aku tak berinai..huhu..
mmg dah niat nak  pakai ni..tgu masa je..

lepas tu bila zaman U..
aku minat lak tang conteng2 inai kat tangan tu..
memang kalau pergi plaza angsana tu, harus aku buat ..
sebelah tgn pun jadi la..
bila tau yang inai untuk lukis2 tu ada di jual..aku apa lagi..
beli dan test la kat tgn kawan2..juga tangan sendiri..
bila kat rumah tangan adik2 jadi mangsa..
mak pun rajin gak hulur tangan..hihih..

mula2 dulu memang amat la kelakar ukiran aku..
aku sendiri pun segan nak tengok..tapi bila dah rajin practice (practice la sangat)..
makin ok la ukiran nya..
aku ada la gak teringin nak buat ukir inai secara suka2..
kira kat area2 sini jela..
tapi tu la..segan la plak nak promote..hihii..

ni ade beberapa hasil dari tangan aku dulu hingga kini..
ni yang sempat amik gambar la..
masa adik aku kawen aku yang inai kan..
tapi tak amik gambar pun..huhu


yang 3 gambar ni antara corak awal2 dulu
HODOH kan?
tapi aku tak putus asa pun..







yang bawah ni semua yang terbaru...









bila aku dah dapat rentak and cara nak buat kon inai..
baru la corak yang di lukis tu lebih kemas..
nak buat lagi..
tapi nak cari inai yang molek sikit serta warna yang merah cantik..







ada yang berminat ke?
hihihi..perasan..


idea #6: busana resepsi/bertandang/potong kek ~ warna

Musim2 cuti sekolah ni..banyak betul "surat saman" kan..
Bukan saman polis tu, tapi kat jemputan..
Satu hari tu kadang2 smp 6 buah rumah pun ada..pergi mn yg smpat je la kan..
Aku suka pergi majlis org kahwin ni..bukan je mknn nye sedap..
Tapi suka tengok baju2 pengantin tu..(time ni berangan le kejap)

Hari tu aku dah share pasal warna @ tema busana nikah kan..
Ni nak share kan dengan korang perihal baju bersanding pulak..
sekarang B2B dah semakin berani menggunakan warna2 yang di gelar color blocked..
Ada juga yang nampak cantik dalam persalinan berwarna pastel..
Ada juga yang masih suka kan warna putih sebagai warna persalinan persandingan..
Tidak kira apa jua warna yang di pilih..pasti ia menarik perhatian ramai..
Nama pun raja sehari kan..mmg jadi tumpuan lar..



PUTIH

Kebiasaan nya kalau warna putih ni..ia adalah persalinan gaun..
ataupun di buat di tempat2 yang tidak terdedah kpd udara luar..
contoh macam dalam dewan ke kan..
yang suka kan wedding style english pun better pakai putih..



ni kawan aku..eni..

putih + tiffany green








BIRU

Warna yang tengah in skrg..
Macam2 jenis tone biru kita blh tgk..
sejuk mata memandang..


Dua gambar kat bwh ni wedding member aku..electric blue(tandang)
gummy blue(resepsi)





yang ni pun gambar wedding eni..dia pilih songket biru..
cantik dan nampak klasik kan?















HIJAU

Hijau pun ada banyak tone..
cantik kalau pakai semasa majlis di kampung..
garden wedding pun sesuai..
















KUNING

Kena dengan konsep "Raja Sehari"
Warna ni mmg cantik kalau kena dengan gaya..
Dulu2 orang tak berani nak pakai..
Tapi kini ia jadi pilihan kebanyakkan psgn pengantin

















 MERAH

"Merah nya makngah"..itu yang selalu kita dengar bila ada yg berbaju merah..
tapi untuk pengantin ia sesuatu yang menarik..
Sebab ada yang  kata, sape yang pakai merah ni org nye berani..betul ker??
Terpulang pada pandangan masing2 kan..













PINK

Warna pink yang tengah femes skrg ni..dusty pink..
atau ade yang panggil pink belacan
mmg la sweet je warna ni..













PURPLE


Tomok & ayu antara pasangan selebriti yg baju sanding mereka warna purple..
gabungan dengan gold memang sesuatu yg berani dan menarik
Blogger shakina farhan pun salah seorang bride yg memakai this colour..
cantik..sweet..meriah









HITAM


Hitam nak ikot kan ramai yang tak berani untuk cuba pakai semasa hari bahagia..
sbb ada yang kata hitam ni warna berkabung la..
bawa malang la..tapi andai kita bijak untuk mempelbagaikan nya..
hitam itu pasti menawan..
gabungan warna yang sepadan dan rekaan baju yang sesuai pasti akan menyerlah kan pengantin..

















KELABU/SILVER


Kelabu dikatakan warna milineum ketika kita meloangkah ke tahun 2000..
warna nya yang terang dan seakan2 bling2..
terus memikat bride2 kita memilih warna tersebut












PEACH/ORANGE


satu lagi warna yang agak menarik dan menjadi pilihan B2B..
sama ada yang terang mahupun yang light2 shj..
















itu lah antara idea yang aku dapat kongsikan..
moga ia jadi inspirasi buat semua bakal2 pengantin..


p/s : ni nak promote sikit..sesaper yang dok area klang khasnya..kalau anda nak cari orang yang boleh buat beading pada baju, buat hantaran, bunga telur , HB dan juga nak jadi kan muffin mahupun kek hasil kerja tangan sesorang ni..aku ade kawan yang boleh tolong korang..ni FB dia dan ni plak Blog dia..tolong member..hihi