Friday, July 20, 2012

salam ramadhan











Lawatan YM Tengku Jalil

Assalamualaikum...

Ni aku nak cerita ler sikit pasal tempat abah aku bekerja...
Pada mana yang dah kenal aku (budget femes ler ko ni..) , dorang tau abah aku ni anggota polis..
Dulu memang la berkhidmat kat balai polis biasa je..maksud aku jadi polis kat balai2 tu je..
Tapi sejak tahun 2001@2002 camtu abah aku dah mula diserap ke bahagian muzium..
Kerja nya bukan je jaga muzium, tapi turut terlibat dalam penyediaan bahan2 kat muzium tu jugak..
Bukan senang tau..sekarang abah aku adalah penyelia Muzium sejarah Balai Polis Bukit Kepong..
Sape tau??? Pernah dengar or pergi tak??
Aku memang lar dah banyak kali pergi nyer..kadang2 tu tolong ngemas gak..
Yela , abah aku sorang je buat masa ni kat muzium tu..
Nanti bila dah naik taraf, baru la ada tambahan anggota..

Aku share sikit2 info by gambar yea...kira aktiviti abah aku sebagai penyelia kat muzium..

Antara agenda yang memenuhi jadual abah aku ialah menerima kunjungan pihak2 atasan..
Kunjungan pegawai pengurusan, timbalan perdana menteri (masa banjir), Ketua Polis Negara etc..
Kadang2 tu sampai tak cukup rehat abah..sian tgk..tapi dah tugas kan..




 Ada jugak kunjungan dari golongan pelajar..
Abah aku suka kalau dorang ni datang..boleh buat motivasi..
Kadang2 tu ada yang terkena dengan abah aku ni..hihihi



Kalau pelawat yang datang tiap2 hari tu tak payah citer la..
Nak - nak kalu masa cuti sekolah..mmg ramai..
Ada tu kadang2 adalah di kalangan pewaris



 Yang bawah ni adalah Mr.Robert dari Michigan..
Seronok dia masa dtg tu..siap tgk abah buat motivasi bersama pelajar sekolah lagi..
Sporting betul mat saleh sorang ni..
Kita yang rakyat Malaysia kalau tak bersyukur lagi tak tau la...



 Sejak abah aku jaga..dah macam2 orang tv yang datang..RTM, TV3, ASTRO..
Semua ada..orang paper mmg ramai..terutama lepas kes Mat Sabu tu..
Dah bertambah lagi kerja abah aku...tapi tak pe la..utk negara kan..




Hah yang ini ler aku nak kabo kan..pergh...lama bebenor kan baru nak relate dengan tajuk..hehehe..
Muzium mendapat kunjungan hormat dari YM Tengku Jalil..korang kenal tak???
Ni la adik TMJ..yup, anak Sultan Johor..
Abah aku dapat la sembang2 mesra dengan Tengku..
Abah aku cakap orang nya okey...
Mak aku siap masak tau hari tu untuk jamu Tengku..



Kadang abah aku kena gak buat kerja luar..atau Outstation..
Kalau nak abah aku kena buat backdrop pelbagai majlis..
Gbr2 kat bawah ni antara nya lar..
Dah merata dah abah aku pergi..kalau ada TATU PDRM jer mesti nama kena panggil..
Kalau LIMA Langkawi tu tiap2 tahun pergi..
Jgn pikir polis kerja nya dok tangkap orang jer tau..
Aku kadang2 bengang dengan orang yang kutuk2 polis ni..
Kalau tak alami ape yang kitorang alami tak payah bising2..pergh..kena relax..
Tak kisah nak marah pada polis yang buat salah..tapi bukan semua..
Kata2 yang dikeluarkan tu kena jaga jugak..
Islam pun tak mengajar Umat nya utk mencaci orang kan..
Ada cara nya nak menegur..

Eh...dah lari topik..,hehehe..





 Yang ni kalau sape2 ada tengok kat berita tv3 sempena hari kemerdekaan tahun lepas..
Ada abah aku..dia jadi pelakon pentomen..
Menggantikan orang sebenarnya...sampai hilang suara masa berlakon ni..belum berlakon filem agi kan..
Aku biasa nya ikut time buat persembahan ni..seronok..sambil tolong bahagian props..
Mula2 abah aku cuma sebagai pengarah dan penasihat jer..tapi pelakon tak cukup tu yang kena ganti..
Bulan puasa pun dapat jemputan tahun lepas tau..
Tu yang ada gambar dengan Iqram Dinzly tu..hehehe..malu saya..





Ini lah bahagian depan muzium..
Kalau ada sapa2 yang berminat nak pergi..datang le ke bukit kepong...
Tapi tak silap bulan 10 nanti dah mula kerja2 naik taraf muzium..
Alhamdulillah projek di bawah budget RMK10 di lulus kan..nanti lagi cantik dan lebih byk lagi bahan yang akan di pamer kan kat muzium ni..anggota pun akan makin bertambah..
Moga jasa2 pejuang ini terus di kenang...
Dua gambar yang bawah tu masa banjir..sedih..banyak gak kerosakan yang berlaku..




Mari la kita sedekah kan al-fatihah buat pejuang bukit kepong ini..




Tuesday, July 17, 2012

Father's Day

Walaupun dah lambat aku nak storey pasal ni..
Tapi bagi tak mengecewakan diri aku sendiri..ahakss..
Aku letak gak la entry pasal sambutan hari bapa yang kitorg buat ritu..
Tak ade la meriah mana pun..just simple makan2 yang kitorg buat..

Nak ikut kan sambutan ni aku buat awal seminggu dari tarikh sebenar..
Sebab abah aku nak out station so anjak kan la tarikh tu ke depan..
Cuma aku agak kecewa dengan kek yang aku buat pada hari tu..
Disebabkan kek tu adalah tanpa telor (adik kan tgh dlm pantang)..
So kek tu tak berapa nak menjadi la..sedih T__T..
Majlis tetap diteruskan..huhuhu..
Hari tu mak aku masak nasi ayam..mmg dah lama teringin nak makan..
Bukan la tak pernah makan, tapi dah lama tak buat sendiri..
Tu yang semangat nak buat tu..



Ini la dia antara menu yang terhidang malam tu..
yup, majlis ni buat malam..lepas maghrib camtu..
ala..makan anak beranak jer kan..so simple2 sudah..
tengok lah, hidang pun atas lantai je..tak beralas ape pun..
ini kalau bakal mak mertua tengok, teros reject agak nye..hahaha...
Meh aku senarai kan menu yang ada pada hari kejadian ek :

1. nasi ayam
2. ayam yang diperap + digoreng
3. sambal +kuah kicap
4. sup kaki ayam
5.salad+tomato+timun
6. sambal sotong

simple je kan menu aku malam tu..
tapi nak buat nya dari pagi la..ayam tu kena rebus dulu.
nanti air rebusan boleh guna untuk sup and nasi tu sekali..
lebihan perapan ayam tu boleh buat kuah kicap lak..
senang je kan...
ayam tu lepas digoreng mmg marveles..rangup@garing di luar tapi lembut di dalam...
dah macam iklan dah rupa nyer..



 kat atas ni lah kek yang aku cakap kan awal2 tadi..
rupa cantik tapi hasil nya biasa je..mak aku cakap kek nyer terbantut..
tak tau la mana yang silap..nanti aku nak buat lagi nak tgk mana yang silap..huhuhu
tapi alhamdulillah..habis gak kek nya..rasa dia ok..
hiasan tu aku potong buah pelam yang ade dlm peti ais...aku deco2 la..skali ternampak coklat yang bulat2 macam smarties tu..aku campak2 je la..
skali anak buah aku cakap " itu syirah punya coklat"..hahahhaha

Walaubagaimanapun, aiskrim vanilla yang kat bawah ni adalah penyelamat keadaan..
bila di makan kek bersama2 dgn aiskrim ni...ditambah dengan curahan coklat cair...
semua nya menjadi seperti biasa..terima kasih aiskrim..hahahah




 begini la rupa nya bila dah di campur



syirah tetap nak menyelit antara atuk and abah..
dia pun nak potong kek gak..hihihi


sesi suap2..hihihi

begitu la sambutan hari bapa kami sekeluarga..
nanti aku sambung dengan cerita bunga telor and semua2 tu ek...
till then...



Friday, July 13, 2012

tawaran utk b2b

Korang yang nak kahwin..
Meh sini nak kongsi sikit..
Korang mesti teringin ada sumthing yang boleh di jadikan kenangan dlm majlis korang kan??
Ni kat groupon ade bt tawaran wax stamp..kira personal stamp ler..
Menarik kan?
Cer korang baca kat bawah ni...tak pun klik je kat SINI..


Cepat2..sebelum terlambat...

Eh..ada lagi satu promotion nih...
Khas untuk b2b, ex-b2b..
Untuk semua pun boleh...
ni promotion photobook..
ramai dah yang guna kan perkhidmatan kan..
lebih murah dan amat sesuai untuk mereka yang mempunyai budget yang sederhana..
just hire mn2 OP yang korang suka..amik pakej yang burn dalam cd je..
album nya korang create la guna kupon ni..



Okey la..kalu aku ade ternampak lagi promotion macam ni aku share kat korang ok..

Terasa Bersalah

Assalamualaikum..

Aku nak minta maaf la kat blog yang dah lama mendiamkan diri ni..
Tak ade ke mana pun..cuma diri tuan punya blog ni yang kebizian (ada ek ayat camni?)
Aku dalam 2minggu ni dok menyiap kan bunga telor tisu..tak ada la banyak sgt..tapi disebabkan buat dalam keadaan kemalasan..tu yang jadi lambat..lagi seminggu baru beria2 nak buat..hihihi

Alhamdulillah siap gak akhir nya bunga telor yang aku buat sama2 dengan mak aku..mekasih mak tolong...
Eh, aku bukan buat bunga telor untuk aku..tapi untuk anak buah aku yang baru tu..
Ada nak buat kenduri doa selamat sikit..adik aku yang minta aku tolong buat kan..
Benda nye ada, tu yang tolong buat kan..warna kuning n pink..
Ape de pelik nye la warna nye kan..tapi serius cantik korang..hahaha..puji hasil keje tangan sendiri..

Mana gambar nye? tak sempat ambik..nanti selesai majlis sabtu ni, aku update semua k..
Malam tadi pun dah siap kan diy n packaging untuk bag doorgift utk tetamu..
Mak n mail tlg aku mlm tadi..simple je..first time nak men d.i.y..

Lepas majlis nanti aku update semua okey..then lps korang tgk kalau ada yang berminat nak tempat, kabo la yer..wah, berangan nak buat bisnes lak..hihi..memang ade keinginan, nanti kita tgk camne k..nak sgt bisnes inai ukir dan bunga telor ni..

Okey la..till then..