Friday, July 20, 2012

Lawatan YM Tengku Jalil

Assalamualaikum...

Ni aku nak cerita ler sikit pasal tempat abah aku bekerja...
Pada mana yang dah kenal aku (budget femes ler ko ni..) , dorang tau abah aku ni anggota polis..
Dulu memang la berkhidmat kat balai polis biasa je..maksud aku jadi polis kat balai2 tu je..
Tapi sejak tahun 2001@2002 camtu abah aku dah mula diserap ke bahagian muzium..
Kerja nya bukan je jaga muzium, tapi turut terlibat dalam penyediaan bahan2 kat muzium tu jugak..
Bukan senang tau..sekarang abah aku adalah penyelia Muzium sejarah Balai Polis Bukit Kepong..
Sape tau??? Pernah dengar or pergi tak??
Aku memang lar dah banyak kali pergi nyer..kadang2 tu tolong ngemas gak..
Yela , abah aku sorang je buat masa ni kat muzium tu..
Nanti bila dah naik taraf, baru la ada tambahan anggota..

Aku share sikit2 info by gambar yea...kira aktiviti abah aku sebagai penyelia kat muzium..

Antara agenda yang memenuhi jadual abah aku ialah menerima kunjungan pihak2 atasan..
Kunjungan pegawai pengurusan, timbalan perdana menteri (masa banjir), Ketua Polis Negara etc..
Kadang2 tu sampai tak cukup rehat abah..sian tgk..tapi dah tugas kan..




 Ada jugak kunjungan dari golongan pelajar..
Abah aku suka kalau dorang ni datang..boleh buat motivasi..
Kadang2 tu ada yang terkena dengan abah aku ni..hihihi



Kalau pelawat yang datang tiap2 hari tu tak payah citer la..
Nak - nak kalu masa cuti sekolah..mmg ramai..
Ada tu kadang2 adalah di kalangan pewaris



 Yang bawah ni adalah Mr.Robert dari Michigan..
Seronok dia masa dtg tu..siap tgk abah buat motivasi bersama pelajar sekolah lagi..
Sporting betul mat saleh sorang ni..
Kita yang rakyat Malaysia kalau tak bersyukur lagi tak tau la...



 Sejak abah aku jaga..dah macam2 orang tv yang datang..RTM, TV3, ASTRO..
Semua ada..orang paper mmg ramai..terutama lepas kes Mat Sabu tu..
Dah bertambah lagi kerja abah aku...tapi tak pe la..utk negara kan..




Hah yang ini ler aku nak kabo kan..pergh...lama bebenor kan baru nak relate dengan tajuk..hehehe..
Muzium mendapat kunjungan hormat dari YM Tengku Jalil..korang kenal tak???
Ni la adik TMJ..yup, anak Sultan Johor..
Abah aku dapat la sembang2 mesra dengan Tengku..
Abah aku cakap orang nya okey...
Mak aku siap masak tau hari tu untuk jamu Tengku..



Kadang abah aku kena gak buat kerja luar..atau Outstation..
Kalau nak abah aku kena buat backdrop pelbagai majlis..
Gbr2 kat bawah ni antara nya lar..
Dah merata dah abah aku pergi..kalau ada TATU PDRM jer mesti nama kena panggil..
Kalau LIMA Langkawi tu tiap2 tahun pergi..
Jgn pikir polis kerja nya dok tangkap orang jer tau..
Aku kadang2 bengang dengan orang yang kutuk2 polis ni..
Kalau tak alami ape yang kitorang alami tak payah bising2..pergh..kena relax..
Tak kisah nak marah pada polis yang buat salah..tapi bukan semua..
Kata2 yang dikeluarkan tu kena jaga jugak..
Islam pun tak mengajar Umat nya utk mencaci orang kan..
Ada cara nya nak menegur..

Eh...dah lari topik..,hehehe..





 Yang ni kalau sape2 ada tengok kat berita tv3 sempena hari kemerdekaan tahun lepas..
Ada abah aku..dia jadi pelakon pentomen..
Menggantikan orang sebenarnya...sampai hilang suara masa berlakon ni..belum berlakon filem agi kan..
Aku biasa nya ikut time buat persembahan ni..seronok..sambil tolong bahagian props..
Mula2 abah aku cuma sebagai pengarah dan penasihat jer..tapi pelakon tak cukup tu yang kena ganti..
Bulan puasa pun dapat jemputan tahun lepas tau..
Tu yang ada gambar dengan Iqram Dinzly tu..hehehe..malu saya..





Ini lah bahagian depan muzium..
Kalau ada sapa2 yang berminat nak pergi..datang le ke bukit kepong...
Tapi tak silap bulan 10 nanti dah mula kerja2 naik taraf muzium..
Alhamdulillah projek di bawah budget RMK10 di lulus kan..nanti lagi cantik dan lebih byk lagi bahan yang akan di pamer kan kat muzium ni..anggota pun akan makin bertambah..
Moga jasa2 pejuang ini terus di kenang...
Dua gambar yang bawah tu masa banjir..sedih..banyak gak kerosakan yang berlaku..




Mari la kita sedekah kan al-fatihah buat pejuang bukit kepong ini..




No comments :

Post a Comment