hye rakan blogger semua...knp? mesti semua pikir Hajar dh kahwin tapi tak jemput kan...hehehe...Tak ada ler..Nie tajuk novel dari Kaki Novel...baru habis baca malam semalam..dua jam Hajar habiskan baca novel "Sepupuku Suamiku"...nama penulis novel ni Lynn Allyna...
Judul : Sepupuku Suamiku
Penulis : Lynn Allyna
Harga S/M : RM19
Harga S/S : RM22
Penerbit : Kaki Novel (KN)
Penulis : Lynn Allyna
Harga S/M : RM19
Harga S/S : RM22
Penerbit : Kaki Novel (KN)
Jalan cerita untuk novel nih mungkin agak sama dengan beberapa novel cinta yang lain...cuma ape yang menarik tentang novel Lynn Allyna ialah cara penulisan dan garapan cerita yang diketengahkan....ayat2 yang digunakan dalam novel juga tidak lar terlalu puitis...tapi lebih santai dan segar...lebih kurang macam kita baca ayat daripada blogger2...senang citer sempoi lar..hehehe...
Sedikit SINOPSIS dari novel :
Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi meraka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.
Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.
Si kekasih datang menuntut janji. Nana tidak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.
Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cintanya buat si isteri.
Ketaasuban cinta hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, Makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.
Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selahi itulah dia akan terus berusaha.
Ada satu ayat dari novel nih yang Hajar suka
"Abang, hati nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti"
Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.
Eh, kata satu...tapi dua ayat pulak Hajar bagi yer...so, untuk mereka yang memang kaki novel, jangan lupa beli tau..menarik...selamat membaca semua..
TILL MEET AGAIN..
No comments :
Post a Comment