salam buat semua rakan blogger & silent readers (budget ade..hihi)
Agak lama hajar diam kan diri since last entry kan.
Bukan ada ke mana2 pun..just busy dengan kerja and hal di rumah jer.
Walaupun belum kahwin lagi, tapi bila tinggal dengan keluarga ni, kena lar jalan kan tanggungjawab gak kan..takkan nak dok goyang kaki jer..betul tak??..
Actually hajar nak kongsikan sikit trip hajar sekeluarga dalam awal bulan hari tu.
Ala, tak ada lar ke mana sangat pun trip nye..dalam negara je..tapi dah cukup syukur dah..
Okey ape, negara kita pun dah ada cukup banyak tempat nak di lawat or bercuti kan.
Tak perlu sampai ke luar negara pun..kita still boleh dapat kepuasan.
But, untuk mereka yang berkemampuan & rasa macam tak bercuti jer kalau dalam MALAYSIA ni, terpulang pada diri masing2 la kan..Janji guna duit sendiri, bukan dana mana2..betul tak??hihihi..tapi kes sponsor tu lain ler..hihi..ni dah jauh melalut ni..
Dalam awal bulan hari tu, kalau tak silap hajar dari 6 hingga 8 april macam tu..hajar sekeluarga pergi bercuti ke Port Dickson..mula-mula plan nak ke cameron highlands tapi setelah berbincang & membuat kiraan budget serta masalah2 lain, kami cancel ke sana..lain kali pulak.
Kat PD , kami semua menginap di Tiara Beach Resort..ala yang ade taman tema air tu..okey la untuk rehat2.
Abah hajar ambil bilik dari owner persendirian.so, paham2 je lar condition nyer tak sama macam hotel 5 star lan..tapi boleh la nak buat tidor satu malam sahaja.
Kami pergi dua kereta. Abah, emak, adik dan mail gerak dulu.
Hajar lepas kerja baru gerak dengan adik yang dah kahwin tu.
Sampai pukul 8.30 malam macam tu, terus abah bawa kami semua pergi makan.
Tapi kan, ikan bakar dia tak umpphh lar..huhuhu..
Yang lain okey..
Habis makan terus balik ke bilik...rehat-rehat kan badan sebab sok nak main air..hehehe..
Pagi tu kitorang semua bangun agak awal pagi ler jugak..termasuk ler tuan punya blog ni..
Punya semangat nak pergi mandi2..tapi sebelum tu, kena ler breakfast dulu..huhuhu
Dah siap semua, anak buah pun dah siap pakai swimming suit..
Pakai gelang tangan theme park, terus turun bawah.
Blok tempat tidor kami tu memang sebelah jer dengan kolam..so, tak ada lar menapak sangat.
Turun-turun jer, kolam masih kosong lagi..tapi walaupun theme park ni tak macam yang di gambarkan dalam website TBR tu, air kolam dia still memikat hati..BIRU beb..cantik sangat..jernih je..
Masa bawa anak buah dalam kolam, dia nangis2..almaklum lah, enjin belum panas lagi..
Terpaksa la pujuk dia dulu...sampai la mama and ayah dia turun.
(sila jangan muntah kerana entry ini akan penuh dengan gambar...hahahahaha)
See, muka tak ada mood nak mandi.
masa ni tengah dok pujuk minah tu ler ni..tapi still tak nak.huh, takut air plak
budak ni.
Maklong pun dah malas nak pujuk, terus join adik-adik main volleyball kat dalam ruang yang disediakan..
Memang seronok sangat sebab dah lama tak mandi-mandi & beriadah macam ni. Nak2 time tu tak ramai orang sangat, ape lagi..buat tempat tu macam ana yang punya lar..hahahahah...
nampak kan hanya kami sahaja yang bermain di situ..betul tak hajar cakap air kolam dia cantik??
masa ni dia dah nak turun dalam air sebab tengok ayah dia dok main sama dalam air tu.
tapi sebab tengok tangan dia kecut, bawa naik dulu. bagi dia susu & makanan sikit.
tengok jer lar aksi Insyirah bila di suruh posing.
Gambar atok & syirah + itik comel..hehehe..atok time ni melayan cucu yang baru nak seronok main air.
kira mood nye baru ada.
Insyirah dengan mak long..asal aku sorok muka lak ni?
Insyirah with her Ayah..ada hati tak nak guna pelampung.
nak jalan sendiri dalam air.mentang2 lar air tu cuma paras pinggang dia jer.
K.A.M.I
Walaupun tak semua..huhuhu
Cubaan untuk membuat lompatan di dalam air.
tapi tak berjaya kerana jisim badan dah bertambah (baju dah basah)..hihihi
Hah, kat bawah ni hajar sempat rakam kan antara benda yang best kat san..best ker??
tak tau nak panggil benda ni ape..tapi ade satu side permainan kanak2, ada satu baldi besar warna kuning yang di isi air..bila dah cukup penuh, baldi tu akan throw away the water. macam tu lar lebih kurang.
so, bagi kanak2 yang adventure suka lar moment tadi..tengok gambar lar bagi paham..hehehe
Bila dah panas sikit, kami semua bergerak ke side lagi satu. Kolam tu pun untuk kanak2 jugak..tapi yang bukan kanak2 pun boleh jer main kat situ. Meh tengok gambar.
Tepi kolam tu ada di letak kan photobooth untuk mereka yang berminat. Insyirah & maksu dia pun sama menggedik gak bergambor..hahah..tapi comel la..gbr donal duck & mermaid.
Then, dalam kolam tu ada satu gelongsor giant warna kuning...memang seronok gak la tengok diorang main.ramai gak pengunjung yang ambil gambar sambil turun dari gelongsor tu. tak caya? gambar kat bawah ni hajar yang tolong snap kan.
Nak ikutkan Insyirah memang menangis2 masa nak naik. tapi bila turun dari gelongsor tu, suka pulak dia.
Hajar memang tak naik la..tak tau lar, lagi suka tengok jer.hahaha..padahal takut lemas..eh, blh lemas ke kat kolam kanak2..hahaha...
My MOM..love you mom..12 mei ni birthday mak..esok nya hari ibu.nak bagi ape yer..huhu
ni gelongsor sebelah yang kuning tu..
Me, MOM & Insyirah..ada pun gambar saya..hahaha..
Model shower..hahah..lepas dah mandi kat kolam, kena lar bilas badan dulu before naik salin baju.
Kan air kolam banyak klorin.
Tapi perasan tak masa kat kolam kanak-kanak ni parents si Insyirah ni tak kelihatan pun..nak tau diorang buat ape???meh sini..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
budget surprise sangat ler tuh..
*
*
*
*
ni mereka..
tak tahu la ape yang di borak kan
macam hangat jer..hahaha
Habis dah cerita edisi pertama..nanti hajar sambung pulak dengan edisi kedua yer..jumpa lagi..hihi
No comments :
Post a Comment